Showing posts with label Issue Panas. Show all posts
Showing posts with label Issue Panas. Show all posts

Biasanya bila sesuatu rahsia itu dikongsi ia akan diselitkan dengan perkataan "Keep it between Us".

Tapi apakah maknanya, sekiranya sesuatu yang kononnya rahsia diberitahu kepada MS A, Ms B dan MS C? Pak Dollah ada rahsia. Pak Dollah beritahu Mak Limah, beritahu Mak Enon dan beritahu Kak kiah.....tapi keep it between us.

Ianya rahsia tapi separuh kampung dah tau. Motifnya? Memang nak semua orang tahu atau mencari publisiti atau sekadar looking for attention?

Orang yang bijak akan melihat semula apa issue nya atau subject rahsia tersebut. Dari subject tersebut akan terbongkar motif sesuatu yang kononnya satu rahsia itu dihebahkan.

Bagaimana sesuatu rahsia itu dibocorkan? mesti ada sebabnya?
Rahsia itu dibocorkan oleh penerima rahsia kerana individu tersebut merasakan sebaliknya. Rasa tak puas hati membuatkan sesorang itu membocorkannya. Kalau tak kenapa ianya dibocorkan?

Apa sebenarnya agenda orang yang mencetuskan "Keep It Between Us" tapi memberitahu semua orang. Typical cheap publicity but depending on subject yang kononnya satu rahsia.

Lagi satu tebiat buruk ialah "kaki sibuk"
Zaiton gaduh ngn Milah. Puhhh! Topic panas....tuuuu
kak miah sibuk-sibuk contact Milah korek rahsia...kumpul bahan...contact Kak Zaiton pulak. Selepas lengkap bahan tu beritahu Kak Joyah....
Alah biasa la tu...biasa sangat berlaku....dikalangan wanita

Tapi kalau dikalangan lelaki...tak ker pelik tu??

Topik ini hangat diperbincangkan dikalangan APAE members dan dihadiri sebahagian Chantekk Girls members. Ini adalah pendirian bersama kami. kalau dah sepuluh orang bersetuju...ada benarnya pendirian tersebut.Panel yang hadir sebulat suara, pelik bercampur hairan pada issue tersebut. Issue tersebut menguatkan pendapat. Memperkukuhkan hubungan kerana panel dah jelik dan bosan dengan perkara yang kerap kali berulang.

Mungkin ianya remeh, Tapi yang bijak akan mengambil jalan berhati-hati. Disebalik senyuman, terselit kata hati "Biar betul dia ni?".
Fake it!! Kalau itu hubungan yang dikehendaki.....kepalsuanlah yang akan diberikan. kalau dah ditahap meluat....humbanlah jauh-jauh.


Ada yang menyatakan kewujudan blog ini adalah untuk mengutuk dan memperlekehkan wanita. Pendapat ini adalah tidak benar. Sekiranya ianya dilihat dari sudut yang positif, ianya amat berguna bagi setiap pembaca wanita. Segala rungutan tentang lelaki, tidak memahami lelaki, segala tuduhan akan dijawab oleh kami dari perspektif seorang lelaki.

Benar. Mungkin akan ada yang kurang bersetuju dengan sesuatu pendapat. Tapi ianya hanyalah sekadar pendapat. Mengapa kami berfikiran sedemikian? Tentu ada sebabnya. Fikirkan. Jangan cepat melenting bila sesuatu pendapat diberikan.

Issue melenting sering dikaitkan dengan wanita. Bila ada satu pendapat diberikan, jika tidak bersetuju, melenting. Sekiranya ianya tidak benar, jelaskan. Jelaskan mengapa sesuatu perkara itu tidak dipersetujui. Berikan penjelasan agar ianya boleh diterima. Diterima dan difahami.

Issue panas yang kami akan bawa minggu ini ialah issue kesetiaan & cemburu. Lelaki selalu dikaitkan sebagai tidak setia. Wanita pula mempunyai perasaan yang kuat cemburu.

Senario
Katakanlah anda bersama teman lelaki anda tengah dating. Seorang wanita lain senyum pada teman lelaki anda. Dan teman lelaki anda senyum semula pada wanita tersebut. teman lelaki anda akan dituduh "gatal" dan dipersalahkan. Apa salahnya dan adilkah teman lelaki anda dipersalahkan?

Alasan yang biasanya diberikan ialah perasaan cemburu. Cemburu tandanya sayang. Mestilah marah...teman lelaki anda diganggu. Silap-silap kena rampas. Takut.

Kalau dilihat dengan jelas, sepatutnya anda berasa bangga kerana anda mempunyai teman lelaki yang menarik dan ada wanita yang suka dengan teman lelaki anda. Anda tidak boleh menghalang seseorang wanita lain menyukai teman lelaki anda.

Jika ditakdirkan pula teman lelaki anda seorang selebriti yang dikenali. Ramai peminatnya. Kena lah senyum kalau tidak dikatakan sombong pulak. Wajarkah anda cemburu?

Disamping cemburu, ada banyak perkara lain lagi yang boleh anda lakukan untuk menarik hati teman lelaki anda. Pernahkah anda terfikir sedemikian?
Berikan pujian kepada teman lelaki anda. Nyatakan perasaan bangga anda padanya dan bertuah kerana memilikinya. Sudah tentu teman lelaki anda akan berterima kasih malah lebih menyayangi anda. Anda juga sepatutnya berasa bangga, kerana andalah yang berjaya memiliki hati teman lelaki anda.

Issue ini juga boleh diterbalikkan. Ada juga lelaki yang cemburu. Anda juga pasti berasa merasa tak selesa bila anda diperlakukan sedemikian. Teman lelaki anda memarahi anda kerana ada lelaki lain yang senyum pada anda dan anda membalas senyuman itu.

Ianya bukan issue tentang jantina. Tapi ianya sering dikaitkan bila issue tersebut timbul. Ianya adalah issue cemburu and lack of self esteem. Anda sebenarnya {lelaki atau perempuan} merasa tidak selesa. Jangan burukkan keadaan tersebut. Semuanya terletak kepada kematangan anda. Melenting tidak bertempat. Ada juga yang terus buat perangai on the spot dan sebagainya.

Sekali dua ok lah kut. Tapi kalau selalu sangat, teman anda akan meluat dan jemu. Bila perasaan tersebut datang, agak susah untuk anda menanganinya. Semua terletak ditangan anda.

Sendiri Mau Ingat !

Take a jealousy test.....for men
10 questions, 5 min

Are you green-eyed with jealousy? Are you tormented when your partner looks at someone else? Or does your imagination torture you with romantic scenarios that don't include you? Find out whether your envy is detrimental with the Jealousy Test.

Jealousy is a real-life issue that plagues many relationships. This test assesses levels of jealousy in many familiar situations and provides extensive feedback and advice to the test-taker.

Fill in the questionnaire, responding as you truthfully would in such situations. If you have never been in one or more of the situations, respond as you most likely would.

Take The Test


 

Blog Owned.by [r][a][y]-adam-azim-megat