7 Cara Untuk Menarik Trafik Ke Blog Anda:

7) Tulis sekurang-kurangnya 5 artikel "pillar"- artikel pillar adalah artikle yang bertujuan untuk memberi panduan atau mengajar pembaca anda tentang sesuatu.Selalunya artikel ini memberikan tips dan cara-cara kepada pembaca untuk melaksanakan sesuatu di dalam perkara yang diminati.Artikel yang anda sedang baca ini adalah salah satu contoh kepada artikel "pillar".Sangat praktikal dan jelas.Anda tidak semestinya fokus kepada tips untuk bloggers sahaja.Sekiranya kelebihan anda di dalam bidang penulisan,anda mungkin boleh menulis tips untuk menulis novel yang baik atau bagaimana ingin menyiapkan novel yang tidak pernah siap.

Kelebihan artikel pillar ialah artikel ini tidak pernah basi dan tidak ketinggalan zaman.Its stay current.


6) Minimum satu post sehari - Siapa yang ingin baca berita atau cerita yang "basi"kan?Anda perlu memastikan posting anda sentiasa baru dengan ulasan berita terkini atau artikle pendek.Ini penting untuk menunjukkan kepada pegunjung yang pertama kali singgah ke laman blog anda bahawa laman blog anda adalah dikemas kinikan pada setiap masa.Mereka akan rasakan bahawa sekiranya mereka datang balik esok hari akan ada cerita baru.Ini yang menyebabkan blog anda di"bookmark"kan atau di"subscribe"kan.Apatah lagi jika anda blogger baru.Dalam 6 bulan ketika awal-awal blog anda diwujudkan, memang sangat memerlukan dedikasi agar blog anda diupdatekan setiap hari.Tetapi setelah anda mendapat pengunjung yang setia , mereka akan memaafkan anda sekiranya anda lambat sikit mengemaskini blog anda.

Aiyooohh ! susah kan. Nak buat 1-3 post kali seminggu pun BERCINTA...ini kan lagi sehari sekali. Tapi ada benarnya...pembaca wants daily updates. Kaau tak dapat tetapkan bila nak update so that your readers know bila nak check instead of masuk hari2 tapi xderk update.

5) Gunalah nama url atau domain yang elok dan sesuai- Kalau anda serious untuk memblog maka anda kenalah serius terhadap panggilan kepada blog anda.Bayangkanlah kalau blog anda adalah http://idontcarewhodoyouthinkiam.blogspot.com, bukan main payah lagi Cik Kiah nak menyebutnya.Lepas tu siap ada simbol-simbol yang seperti http://one-muslimah-une-musulmane.blogspot.com menyebabkan terkehel leher pengunjung anda mencari di mana nak cari simbol yang sama.Ingat, blog anda juga akan diperkatakan oleh pegunjung anda kepada kawan-kawan mereka diluar sana (diluar yang offline okay....ingat lagi tak dunia tu?) Cuba bagi nama yang senang untuk mereka sebarkan kepada rakan-rakan mereka.Kalau bagus kalau anda boleh mendapatkan domain name.

Saya pun tidak pasti samada nama blog ini mudah diingati atau tidak.Mudahkah?

4) Mula memberi komen di dalam blog-blog lain- part ini yang paling lemah.Pertamanya sebab masa yang terhad.Keduanya memang kita malas.Tetapi memberi komen ke dalam blog-blog orang lain penting kerana anda boleh memfokus untuk memberi komen kepada topik yang sama dengan topik artikle pillar atau artikle pendek anda yang lain. Kebanyakkan ruangan komen memberikan memberikan link kepada blog anda.Jadi apabila pegunjung blog individu terbabit klik kepada nama blog anda di dalam kotak komen- pegunjung itu akan dibawa terus kepada blog anda.

Tahukah anda bahawa ada sesetengah blogger memberikan komen di dalam blog individu yang terkenal semata-mata kerana ingin menarik lebih ramai trafik?Rajin sungguh mereka itu..


3) Buat trackback atau link kepada posting anda- Saya juga dapati kalau saya linkkan laman blog bloggers yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi di dalam posting saya dan laman posting bloggers tersebut pula ada trackback kepada blogsaya yang mengaitkan posting mereka di dalam posting saya- link kepada posting saya akan muncul di dalam link mereka seperti link komen.Jadi sesiapa yang tertarik kepada tajuk posting saya di dalam link bloggers tertabit mereka akan klik dan mengunjungi blog saya.

Saya percaya majoriti yang datang daripada dafi-fc.com dan personal blog ajk/vid dafi...hahhaha. So increase pengaruh ke satu laman or community lain pula.

2) Galakkan komen di dalam blog anda- cara yang paling berkesan untuk menjadikan pegunjung sebagai pembaca yang setia ialah tunjukkan bahawa anda ada pembaca-pembaca yang setia menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh mereka.Anda sendiri ingin tahu bukan kenapa posting invididu tertentu ada hingga 100 komen untuk satu posting.Whats the fuss?Begitu juga dengan pembaca blog anda.

1) Masukkan posting terkini anda di dalam sebuah karnival blog - contoh karnival blog yang boleh anda sertai dengan izin pemiliknya ialah Malaysiakita dan Beras Terpilih

Artikle ini dipetik dan diubahsuai daripada artikle Yaro Starak `10 Great Blog Traffic Tips

1 olang cakap busuk:

  1. Anonymous said...

    apa dah punya tips...bukanlah bagus sgt tips ni pun haha....nice try bro...mungkin ramai perlukan panduan sebegini...sbnrnya satu info yang bagus....  


 

Blog Owned.by [r][a][y]-adam-azim-megat